Assalamualaikum. Hello bloggers. Entry kali ini
memang panjang sebab nak kongsi apa yang boleh dikongsi. I actually have
planned untuk memakai braces since few years ago, lama sangat dah tapi sebab
terlalu banyak halangan maka hajat ditunda sehinggalah pada satu ketika Allah
mengizinkan walau kini umur dah dopuloh satu tahun. sad. Ok of course sebelum
pakai rasanya memang semua orang akan buat review. Dan blog blog akan menjadi
sasaran. Most of blogs yang aku review either in terms of prices atau PAKAI
BRACES SAKIT TAK semuanya adalah negative feed back. Maka tahap keyakinan,
keterujaan menjunam hingga hampir 80 peratus ye tuan tuan dan puan puan. Ok
kita kasi mudah
Location
: Klinik Pergigian Aina, Saujana Prima, Kajang
Price
: RM 3800
(atas
bawah dan segala apa yang berkaitan harga jakgi kita cerita panjang sabar jap)
Down
Payment : RM 1500
Monthly
Payment : ikut suka
Phone
: 03-8737 5367
Ok settle. Aku buat cenggitu kan pasal aku selalu review blog pastu jakgi semua stock bebel pepanjang, information yang aku nak susah dapat. So sesiapa malas nak baca aku bebel boleh baca summary atas tu. Senang. Takdo sakit hati den baco mak aih panjang lebar isi yang nak nan hadooo!
Price
RM 3800 tu memang cenggitulah. Dan boleh
dikatakan tu harga braces paling murah di klinik swasta sepanjang aku buat
survey area KL - Selangor. Tapi member aku yang buat kat situ harga dia RM 4100
pasal doc kata lelangit dia tinggi maka kena pakai besi dekat lelangit. Aku pun
macam pelik eh ada ke lelangit tinggi rendah, aku wusya sikit lelangit dia
memang tinggi. Jakgi jangan nak tanya
akak, lelangit normal tinggi dia berapa kak?
kalau ukur pakai pembaris nak guna cm ke mm?
Tahu pulak aku!
Yang kedua, harga tu memang termasuk dalam semua
procedure yang ada dalam process kau nak buat braces. KECUALI cabut gigi.
Sebatang RM 40. Itu pun aku rasa memang murah sebab mostly klinik lain dlm 70
ke 80 ringgit jugak. Procedure include dentist ambil acuan gigi, xray, cabut
gigi (price exlcude) , pasang seperator, dan barulah taddaaa braces dipasang!.
Oh lupa kalau kau berhajat nak cuci gigi dulu, atau disuruh cuci gigi dulu,
maka kau kena add up RM 60 untuk cuci.
Procedure
Masa aku dah confirm nak pilih klinik ni
disebabkan harga yang murah dan positive feedback dari bestfriends n cousin,
aku terus call cakap nak buat appoinment braces. Akak tu tanya nak terus pakai
atau nak terus check je. Aku biasalah gelojoh tak menyempat of corse nak terus
pakai. Tapi tak semua orang terus pakai, disebabkan time tu doc tak busy aku
boleh lah terus pakai, kalau doc punya jadual padat kau kena next appoinment
baru boleh pakai. Tapi aku nak pesan, kalau kau call dia tak angkat, kau jangan
bengang. Sebab mula mula aku pun bengang. Bila dah call dia kata dia tengah
busy, tinggal phone number nanti call balik. Tapi dia tak call call. Bila aku
dah tau keadaan baru aku faham. kat klinik tu cuma ada 2 nurse je, 2 nurse tu
la yg akan tolong doc sepanjang process kau buat braces, dia jugak yg akan set
up appoinment, dialah yang angkat call, dia lah yang buka pintu, dia lah
segalanya. So dia memang busy bukan buat buat atau konon konon busy. Aku
suggest korang call awal pagi masa klinik tu baru nak bukak. Klinik bukak pukul
9.30 so by 9.40 kau boleh la call. Alhamdulillah aku share tips ni dgn kwn kwn
aku mostly dpt buat appoinment dalam kadar segera. Kalau kau call time dia busy
memang susah nak arrange.
So sesampai je, doc akan terus check gigi kau,
and nurse terus tunjuk colour getah and pilih lah kau nak colour apa, nak satu
colour, nak tiga hempat colour, nak semua colour pun boleh takde masalah.
Lepastu segala procedure akan berjalan. Tapi, aku tak terus cabut gigi. Aku
pasang dulu, after one month baru cabut.
pakai braces sakit atau tidak?
ini soalan lazim. kau pergi mana mana pun orang
akan tanya soalan macam tu. and segala feedback yang aku dapat dari blog mostly
sakit. Sampai aku rasa aku tak jadi nak pakai. First day aku pakai tak sakit,
so I asked few of my bestfriends yang pakai braces, kenapa tak sakit sakit lagi
and diorang pun pelik. Then i asked my cousin yang buat kat tempat sama jugak,
she also said the same thing. dia pun pelik kenapa orang lain sakit nokharom.
So aku tunggu lagi seminggu, mungkin sakit. tapi tak sakit jugak sampai lah the
next apponment. Cuma kau akan rasa tak selesa bila makan, but after 2 to 3 days
it will turns to normal.
cabut gigi sakit atau tidak?
At first aku rasa aku pakai braces mungkin tak
sakit sebab aku belum cabut gigi so my teeth hasnt move yet lah kot takde ruang
nak gerak. my bestfriends tahu aku akan cabut gigi and aku dirodok dengan
persediaan mental supaya bertahaan! . Aku kena cabut 4 batang, 2 batang pada
hari yang sama (sebulan selepas pakai braces), dan 2 batang lagi seminggu selepas
cabut gigi 2 batang tadi. So nurse pesan supaya ambil pain killler 4 jam
selepas cabut gigi (which is time tu ubat kebas kau dah habis). Sebab nurse
kata akan sakit sangat sangat. But then aku tak tahu kenapa sama ada aku
abnormal atau aku memang abnormal, tapi memang tak sakit. Hari aku cabut dua
batang gigi, balik tu aku pergi karok dengan jayanya. Hari aku cabut lagi 2
batang gigi, balik tu aku pergi shopping jalan TAR dengan happynya. So keep
calm ok. But apa aku buat sepanjang proces cabut gigi is, aku selawat. Yes.
Dari awal doc inject ubat kebas sampai tertanggal nya gigi aku tak berhenti
selawat. Mungkin itu penawarnya? Wallahu Alam.
Pasang Seperator
Hamende tu? dia macam besi besar dakwat stepler,
tapi yang one slice tu je, alah camna nak cakap. kau g amek stepler, kau tekan,
jakgi kuar satu satu slice kan? ha besar tu je. Doc letak kat gigi geraham
untuk bagi space nak jarakkan sikit antara gigi tu dengan gigi sebelah pasal
dekat tempat tu nanti doc letak besi. Aku pakai seperator lepas cabut gigi 2
batang yang awal, so after seminggu cabut lagi gigi ke 3 and 4, doc tanggalkan
seperator and pasang besi dekat tempat yang sama.
Cuma nak cakap time pasang seperator tu gigi kau
memang tak selesa, rasa sengal sengal sikit and ngilu. tapi dalam 2,3 hari je.
Ada ulcer?
For the time being, Alhamdulillah NO. apa rahsia?
takde rahsia. Mungkin ulcer segan nak keluar.
Pantang makan tak?
tak pantang makan tapi pantang nampak makanan.
Hari first aku cabut, aku dah pesan dekat mama, sediakan aku bubur untuk seminggu
sebab semua kawan aku cakap sakit tak boleh makan. So balik tu, aku bedal nasi
lemak. Esok tu aku makan spaghetti, lepastu lusa tu aku makan seafood tomyam.
Bubur entah ke mana dan mak aku yang risau kenapa anak dia tak mengadu sakit?.
Cuma kau elakkan makan kekacang, steak, dan makan makanan yang sewaktu
dengannya yang leliat dan keras supaya bracket kau tak tercabut u alls. Bracket
tu hamende? bracket tu mende yang kat gigi yang besi tu. faham?
Doc dia baik ke garang?
baik. Terlalu baik. Terlalu lembut dan sangat
berhati hati, yang boleh buat nervous kau hilang sekelip mata, yang akan
menukar tanggapan negative kau bahawa dentist itu garang dan kejam. haha
Macam mana nak jaga bila dah pakai
braces?
Jaga dia agak rumit. Aku rasa benda yang paling
aku malas tang pakai braces ialah penjagaan. Sebab dia terlalu rapi. Setiap
kali lepas makan kau kena gosok gigi. Sebab kau akan rasa tak selesa bila sisa
sisa makanan melekat dekat cecelah gigi dan besi. Or at least kumor kumor.
Takkan gi mamak nak usung berus gigi takut orang kata menggelabah, Eh kalau nak
buat pun apa salahnya sampai bila nak dengar orang kata kan? gittu. and beli
lah berus gigi yang akan di suggestkan nanti.
So for those yang nak pakai may this information
akan membantu. And ingatlah, pakai braces untuk tujuan kecantikan adalah HARAM
di sisi Islam, sebab kau mengubah ciptaan Tuhan secara kekal. tapi atas tujuan
kesihatan dan sebab sebab tertentu yang memudaratkan diri, maka Islam mengharuskan.
Wallahu Alam.
good luck!
after a month (left). oh my bestfriend yang kat sebelah pun buat kat aina.
After 2 months. I choosed black omg black sexy gila I loike