Sunday, July 20, 2014

Braces - price, place and procedure



Assalamualaikum. Hello bloggers. Entry kali ini memang panjang sebab nak kongsi apa yang boleh dikongsi. I actually have planned untuk memakai braces since few years ago, lama sangat dah tapi sebab terlalu banyak halangan maka hajat ditunda sehinggalah pada satu ketika Allah mengizinkan walau kini umur dah dopuloh satu tahun. sad. Ok of course sebelum pakai rasanya memang semua orang akan buat review. Dan blog blog akan menjadi sasaran. Most of blogs yang aku review either in terms of prices atau PAKAI BRACES SAKIT TAK semuanya adalah negative feed back. Maka tahap keyakinan, keterujaan menjunam hingga hampir 80 peratus ye tuan tuan dan puan puan. Ok kita kasi mudah

Location : Klinik Pergigian Aina, Saujana Prima, Kajang

Price : RM 3800

(atas bawah dan segala apa yang berkaitan harga jakgi kita cerita panjang sabar jap)

Down Payment : RM 1500

Monthly Payment : ikut suka

Phone : 03-8737 5367

Ok settle. Aku buat cenggitu kan pasal aku selalu review blog pastu jakgi semua stock bebel pepanjang, information yang aku nak susah dapat. So sesiapa malas nak baca aku bebel boleh baca summary atas tu. Senang. Takdo sakit hati den baco mak aih panjang lebar isi yang nak nan hadooo!


Price
RM 3800 tu memang cenggitulah. Dan boleh dikatakan tu harga braces paling murah di klinik swasta sepanjang aku buat survey area KL - Selangor. Tapi member aku yang buat kat situ harga dia RM 4100 pasal doc kata lelangit dia tinggi maka kena pakai besi dekat lelangit. Aku pun macam pelik eh ada ke lelangit tinggi rendah, aku wusya sikit lelangit dia memang tinggi. Jakgi jangan nak tanya

akak, lelangit normal tinggi dia berapa kak? kalau ukur pakai pembaris nak guna cm ke mm?

Tahu pulak aku!

Yang kedua, harga tu memang termasuk dalam semua procedure yang ada dalam process kau nak buat braces. KECUALI cabut gigi. Sebatang RM 40. Itu pun aku rasa memang murah sebab mostly klinik lain dlm 70 ke 80 ringgit jugak. Procedure include dentist ambil acuan gigi, xray, cabut gigi (price exlcude) , pasang seperator, dan barulah taddaaa braces dipasang!. Oh lupa kalau kau berhajat nak cuci gigi dulu, atau disuruh cuci gigi dulu, maka kau kena add up RM 60 untuk cuci.
 

Procedure
Masa aku dah confirm nak pilih klinik ni disebabkan harga yang murah dan positive feedback dari bestfriends n cousin, aku terus call cakap nak buat appoinment braces. Akak tu tanya nak terus pakai atau nak terus check je. Aku biasalah gelojoh tak menyempat of corse nak terus pakai. Tapi tak semua orang terus pakai, disebabkan time tu doc tak busy aku boleh lah terus pakai, kalau doc punya jadual padat kau kena next appoinment baru boleh pakai. Tapi aku nak pesan, kalau kau call dia tak angkat, kau jangan bengang. Sebab mula mula aku pun bengang. Bila dah call dia kata dia tengah busy, tinggal phone number nanti call balik. Tapi dia tak call call. Bila aku dah tau keadaan baru aku faham. kat klinik tu cuma ada 2 nurse je, 2 nurse tu la yg akan tolong doc sepanjang process kau buat braces, dia jugak yg akan set up appoinment, dialah yang angkat call, dia lah yang buka pintu, dia lah segalanya. So dia memang busy bukan buat buat atau konon konon busy. Aku suggest korang call awal pagi masa klinik tu baru nak bukak. Klinik bukak pukul 9.30 so by 9.40 kau boleh la call. Alhamdulillah aku share tips ni dgn kwn kwn aku mostly dpt buat appoinment dalam kadar segera. Kalau kau call time dia busy memang susah nak arrange.

So sesampai je, doc akan terus check gigi kau, and nurse terus tunjuk colour getah and pilih lah kau nak colour apa, nak satu colour, nak tiga hempat colour, nak semua colour pun boleh takde masalah. Lepastu segala procedure akan berjalan. Tapi, aku tak terus cabut gigi. Aku pasang dulu, after one month baru cabut.


pakai braces sakit atau tidak?
ini soalan lazim. kau pergi mana mana pun orang akan tanya soalan macam tu. and segala feedback yang aku dapat dari blog mostly sakit. Sampai aku rasa aku tak jadi nak pakai. First day aku pakai tak sakit, so I asked few of my bestfriends yang pakai braces, kenapa tak sakit sakit lagi and diorang pun pelik. Then i asked my cousin yang buat kat tempat sama jugak, she also said the same thing. dia pun pelik kenapa orang lain sakit nokharom. So aku tunggu lagi seminggu, mungkin sakit. tapi tak sakit jugak sampai lah the next apponment. Cuma kau akan rasa tak selesa bila makan, but after 2 to 3 days it will turns to normal.


cabut gigi sakit atau tidak?
At first aku rasa aku pakai braces mungkin tak sakit sebab aku belum cabut gigi so my teeth hasnt move yet lah kot takde ruang nak gerak. my bestfriends tahu aku akan cabut gigi and aku dirodok dengan persediaan mental supaya bertahaan! . Aku kena cabut 4 batang, 2 batang pada hari yang sama (sebulan selepas pakai braces), dan 2 batang lagi seminggu selepas cabut gigi 2 batang tadi. So nurse pesan supaya ambil pain killler 4 jam selepas cabut gigi (which is time tu ubat kebas kau dah habis). Sebab nurse kata akan sakit sangat sangat. But then aku tak tahu kenapa sama ada aku abnormal atau aku memang abnormal, tapi memang tak sakit. Hari aku cabut dua batang gigi, balik tu aku pergi karok dengan jayanya. Hari aku cabut lagi 2 batang gigi, balik tu aku pergi shopping jalan TAR dengan happynya. So keep calm ok. But apa aku buat sepanjang proces cabut gigi is, aku selawat. Yes. Dari awal doc inject ubat kebas sampai tertanggal nya gigi aku tak berhenti selawat. Mungkin itu penawarnya? Wallahu Alam.


Pasang Seperator
Hamende tu? dia macam besi besar dakwat stepler, tapi yang one slice tu je, alah camna nak cakap. kau g amek stepler, kau tekan, jakgi kuar satu satu slice kan? ha besar tu je. Doc letak kat gigi geraham untuk bagi space nak jarakkan sikit antara gigi tu dengan gigi sebelah pasal dekat tempat tu nanti doc letak besi. Aku pakai seperator lepas cabut gigi 2 batang yang awal, so after seminggu cabut lagi gigi ke 3 and 4, doc tanggalkan seperator and pasang besi dekat tempat yang sama.

Cuma nak cakap time pasang seperator tu gigi kau memang tak selesa, rasa sengal sengal sikit and ngilu. tapi dalam 2,3 hari je.


Ada ulcer?
For the time being, Alhamdulillah NO. apa rahsia? takde rahsia. Mungkin ulcer segan nak keluar.


Pantang makan tak?
tak pantang makan tapi pantang nampak makanan. Hari first aku cabut, aku dah pesan dekat mama, sediakan aku bubur untuk seminggu sebab semua kawan aku cakap sakit tak boleh makan. So balik tu, aku bedal nasi lemak. Esok tu aku makan spaghetti, lepastu lusa tu aku makan seafood tomyam. Bubur entah ke mana dan mak aku yang risau kenapa anak dia tak mengadu sakit?. Cuma kau elakkan makan kekacang, steak, dan makan makanan yang sewaktu dengannya yang leliat dan keras supaya bracket kau tak tercabut u alls. Bracket tu hamende? bracket tu mende yang kat gigi yang besi tu. faham?


Doc dia baik ke garang?
baik. Terlalu baik. Terlalu lembut dan sangat berhati hati, yang boleh buat nervous kau hilang sekelip mata, yang akan menukar tanggapan negative kau bahawa dentist itu garang dan kejam. haha


Macam mana nak jaga bila dah pakai braces?
Jaga dia agak rumit. Aku rasa benda yang paling aku malas tang pakai braces ialah penjagaan. Sebab dia terlalu rapi. Setiap kali lepas makan kau kena gosok gigi. Sebab kau akan rasa tak selesa bila sisa sisa makanan melekat dekat cecelah gigi dan besi. Or at least kumor kumor. Takkan gi mamak nak usung berus gigi takut orang kata menggelabah, Eh kalau nak buat pun apa salahnya sampai bila nak dengar orang kata kan? gittu. and beli lah berus gigi yang akan di suggestkan nanti.
 
 

So for those yang nak pakai may this information akan membantu. And ingatlah, pakai braces untuk tujuan kecantikan adalah HARAM di sisi Islam, sebab kau mengubah ciptaan Tuhan secara kekal. tapi atas tujuan kesihatan dan sebab sebab tertentu yang memudaratkan diri, maka Islam mengharuskan. Wallahu Alam.

good luck!
 
 
after a month (left). oh my bestfriend yang kat sebelah pun buat kat aina.
 
 
After 2 months. I choosed black omg black sexy gila I loike

40 comments:

  1. Nak tanya bracket pernah tercabut x? how much it cost kat klinik pergigian aina? tq dear😁

    ReplyDelete
  2. Nak tanya bracket pernah tercabut x? how much it cost kat klinik pergigian aina? tq dear😁

    ReplyDelete
  3. nk tnye,kalo 1st appointment just jumpe doktor utk check keadaan gigi. kena byr pape x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu rasanya tak perlu. im not sure. sebab masa i check i terus pakai. u boleh call that number provided untuk tahu more details. sorry :)

      Delete
    2. Slm 1st appoinment xde byran.sblm.ry ad jupe.sy kene dlm rm3800..kire plg murah stkt sevey..problem is agk jauh dr rumah..da set date utk pkai tp masih brkira2 lagi berbaloi ke x sb jauh..kt area rwg ni mostly rm5500 ke ats..jauh sgt beza..

      Delete
  4. nk tanya setiap bulan balik ke klinik adjust braces, doctor ada percuma cuci gigi atau kena charge ??

    ReplyDelete
  5. murahnya..tapi jauh plak kat kajang..

    ReplyDelete
  6. Kalau tahun ni harga die naik ke? Klinik tu dekat x dengan area bangi ke dekat dgn area lain? Boleh bgitau sbb igt klu boleh nk wat kat situ je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Im not sure harga dia stay atau tidak. U may call the number provided :) yup dekat je dgn area bangi. Klinik tu dekat dgn taman perumahan saujana impian, kajang and giant kajang :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. bulan niy appntment pasang dekat dr aina, jd nerves lak bila da dekat niy --'

    ReplyDelete
  8. sis, kat klinik aina, pasang braces dulu ke atau cabut gigi dulu?

    ReplyDelete
  9. tau x waktu operasi klinik 2?😊

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. tau x waktu operasi klinik 2?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap dia buka pukul 9.30 but not sure tutup pukul brp. Rasanya 9 malam. Boleh call that number provided utk tanya :)

      Delete
  12. Totak 3.8k cash? Bayar bulan ke? Dan cuci byr asing kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Total 3.8k. Downpayment 1.5k. Monthly payment is up to u asalkan dah habis pakai habis bayar. Yup yup cuci bayar asing

      Delete
  13. Assalamualaikum nak tanya bulan bulan servis braces berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. bulanan up to u. selalunya I bayar RM 100, kalau duit tak banyak, RM 50, kalau tgh pokai tak bayar.haha dia tak kisah as long as sebelum cabut braces, payment settled. tak strict.

      Delete
  14. Assalamualaikum.. downpayment tuh smpai sekarang ke masih rm 1.5k..? sorry sbb skrg kan semua benda ade gst. tuh yg tanya..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. downpayment tuh smpai sekarang ke masih rm 1.5k..? sorry sbb skrg kan semua benda ade gst. tuh yg tanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, rasanya sama je. tak pasti. boleh call clinic kalau nak kan kepastian

      Delete
  16. Sy call no tu dah tak dpt πŸ˜”

    ReplyDelete
  17. they are still using that number. sebab every time i set appointment memang guna nombor tu. i baru lepas call, dapat je. nanti try again ya

    ReplyDelete
  18. Nk tanye klo nk buat atas je boleh x???
    Ke kene wt atas bawah ???

    ReplyDelete
  19. Nk tanye klo nk buat atas je boleh x???
    Ke kene wt atas bawah ???

    ReplyDelete
  20. Downpayment sekali dgn cuci cabot bagai cost berapa u kena haritu?

    ReplyDelete
  21. Hi. Nak tanya mcm mana adik survey klinik? Means dtg dr klinik ke klinik untuk tnye shja atau mcm mana?

    ReplyDelete
  22. Hi. Nak tanya mcm mana adik survey klinik? Means dtg dr klinik ke klinik untuk tnye shja atau mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aii sis adda62...sy survey semua klinik ...biasa doc akn tgk dlu keadaan gigi kita...& akn bg price...kalau kita bsetuju ngan price tu...blh la truskan next step..

      Delete
    2. Aii sis adda62...sy survey semua klinik ...biasa doc akn tgk dlu keadaan gigi kita...& akn bg price...kalau kita bsetuju ngan price tu...blh la truskan next step..

      Delete
  23. Salam, sekali check up kena bayar berapa? Tutup salam

    ReplyDelete